Trend yang patut diubah


Selamat berhujung minggu. Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia wahai abang-abang Askar yang Hot dan yang tak Hot. Minggu lepas memang masa aku kerja asyik nampak kelibat helikopter yang besar gabak je lalu lalang tepi bangunan ofis. Rasa insecure jugak memula. Rupanya ada raptai Hari ATM. Cuba bayangkan keadaan tu bukan untuk raptai? Haish seriau jugak aku.

Aku rasa aku selamat dengan ada anggota keselamatan kita ni. Diorang ni superb kot. Terbukti di mata dunia yang anggota keselamatan kita ni memang terbaik diperingkat antarabangsa. Pergi google lebih nak tau lanjut. Aku malas nak explain panjang pasal ni, sebab aku nak cerita benda lain.

Trend kat Malaysia ni yang aku perasan kalau nak buat kerja amal mesti nak tunggu bulan Ramadhan. Itu yang aku perasan. Ini pendapat aku. Bukan ke memang kehidupan mereka yang tinggal dirumah-rumah kebajikan itu berterusan. Diorang bukan hidup dibulan Ramadhan je. Yea, aku tau. Memang ada orang perseorangan dan badan-badan korporat yang masih meneruskan sumbangan dan amalan bersedekah selain bulan mulia tetapi berapa banyak? Berapa ramai?

Dulu aku tak berpeluang nak ikut aktiviti macam ni. Teringin. Tapi biasa la orang kita ( ke aku je macam ni? ) nak kena ada geng baru buat. Aku jumpa dengan orang yang punya minat yang sama dengan aku. Aku bukan nak promote FC tau, tapi tak salah kalau peluang ni kita guna untuk lakukakn kebaikan. Bukan tujuan kita hanya nak bersuka ria, kita juga boleh membantu merekra yang kurang bernasib baik bila ada aktiviti yang melibatkan mereka diadakan.

Jujur aku cakap, walaupun ramai golongan muda yang seronok buat aktiviti macam ni tapi bilangannya masih sedih. Sangat sedih. Aku sebenarnya kecewa jugak. Inilah orang cakap Ketawa bersama, Menangis? Haram. Kau menangis la sendiri.

Aku menyeru kat semua, kalau ada peluang, bantulah mereka dalam kesusahan ni. Oh yea. Kalau tengah mencari-cari kat manalah korang nak sumbangkan aku ada cadangan. Korang klik je website 1Hotlovers. Dekat situ ada siap gambar keadaan Asrama Ar-Rayyan. Kepada yang ada masa free tu jom la sama-sama turun. Yea kalau baca dekat website tu memang betul Adi Putra pun ada haritu tapi ingat, tujuannya mebantu anak-anak Ar-Rayyan, bukan untuk bersuka ria.

Mohon hebahan berkenaan agenda ini yea wahai sahabat.

2 Responses so far.

  1. Salam dari k ida.. Kita selalu jumpa di gym saja ni first time jumpa di blog hehehe.. Btw betul tu moga lebih ramai yg sudi menghulurkan bantuan kpd mereka yg memerlukan

  2. Salam dari k ida.. Kita selalu jumpa di gym saja ni first time jumpa di blog hehehe.. Btw betul tu moga lebih ramai yg sudi menghulurkan bantuan kpd mereka yg memerlukan

Leave a Reply