Seksi Ovari


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hello hello hello. Tengah bakar mercun ke tu? Kepada yang baru lepas makan besar, Gong Xi Fa Chai. Terbayang pulak chinese food.


Macam dalam entry sebelum ni, ada aku cakap yang mood, jiwa dengan perasaan aku tak berapa nak berbunga-bunga. Mula-mula dengan kejadian yang tak berapa nak best jadi, lepas tu datang lagi kejadian yang tiba-tiba rasa macam buat aku bersalah pulak. Almaklum la aku kan kuat bergurau dalam erti katanya gurau kasar, ha sekali ko sendiri sentap. Nak kata bulan mengambang idok la nak cerita yea dak. Disebabkan rasa down ni jugak aku terus teringat satu buku yang aku beli masa Pesta Buku 1Malaysia baru-baru ni. SEKSI OVARI.

SEKSI OVARI ni karya Fazleena Hishamuddin. Tajuk je dah terus buat aku capai buku ni. Aku singgah booh Merpati Jingga pun sebab nak cari buku Limelight Faizal Hussein. Bila nampak je buku ni belek-punya belek aku terus rasa kena ada dalam koleksi buku-buku aku. Asyik novel je kan. Apa la salahnya sekali sekala tukar hayati puisi-puisi yang bahasa aku rasa sangat ringkas tapi dalam maksudnya.

Bagi sesetengah orang mesti pikir apa kena la tajuk macam gini. Tapi sapa heran. Bagi aku orang perempuan memang kena ada senaskah. Sebabnya? Sebabnya bila korang rasa down korang baca puisi-puisi yang ada confirm korang senyum sendiri. Nahh kan dah tak masam kat situ.

Sebenarnya bukan sebab tu je, aku rasa puisi yang ada dalam buku ni lebih kepada keadaan semasa dan emosi seorang wanita itu sendiri. Apa yang dirasa, apa yang dialami, apa yang dibuat. Lebih kepada memotivasikan dan buat seorang perempuan tu "tinggi nilainya". Yea, bahasa sangat ringkas tapi dalam ringkasnya bahasa yang digunakan tu la buat kita berfikir. Mendalam. Sangat mendalam.


" Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu


Tapi kau memilih untuk yang satu itu



Yang paling dungu



Yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu 

dan hati kau pecah beribu. "


One Response so far.

Leave a Reply