Wehooo eberibadi. Eh assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertahun tak update. Balik balik bersawang. Ni bukan tahap bersawang dah ni. Dah siap ada anai-anai.
Ahh tapi semua yang ada dalam blog ni pun benda personal. Tajuk tu bajet habis. Nak bagitau satu dunia bujang lettew. Desperado sangat hang ni. Dah. Mari mulakan penceritaan.
Harini duduk-duduk tengok tv cerita pas orang pegi Haji. Almaklum la musim Haji kan. Seronok tengok yang muda-muda dapat buat Haji.
Sebenarnya nak bercerita perasaan sendiri dapat jejak kaki bulan 6 lepas. Walaupun agak lapuk, ntah kenapa rasa nak share betapa la excitednya. Mak pernah cakap, masa arwah opah dekat Mekah ( lamaaaaa dulu ) dia pernah nampak kelibat aku dekat sana. Padahal cucu dia ni terbogel lagi kat rumah. Makanya masa dia bercerita dulu aku buat dak je la. Takde kesedaran.
Cumanya dua tiga tahun baru ni macam teringin sangat nak pegi. Yea teringin sampaikan setiap kali sapa yang pegi aku kirim 1 je doa. Doakan aku sampai dekat sana sebab aku nak doa sendiri jodoh aku dekat sana. Terima kasih pada yang sampaikan doa dan salam. Hanya Allah dapat membalas.
Nak jadi cerita tiba-tiba masa baik punya buat kerja dekat ofis dalam bulan 3, mak call tanya nak pegi Umrah tak. Macam tak boleh tunggu aku balik rumahkan? Haha ampunnn. Ohh sebelum ni ada je tengok iklan pakej Umrah, lepas tu mak pun ajak pegi. Aku macam ha jom la kita. Tapi tak rasa macam call yang aku dapat bulan 3 baru ni. Bila dia tanya tu wallahi memang rasa lain macam. Takut, seronok macam dah confirm nak pegi.
Nak dijadikan cerita kebetulan bulan 3 tu ada pulak kawan yang sangat rapat, dak Fiza ni pegi umrah. Makanya boleh bayang tak dia balik je Malaysia berjam jam setiap kali jumpa dok cerita pasal tu tu.
Nak dijadikan cerita pong pang pong pang bulan 6 dipilih untuk pergi. Kami pergi bertujuh. Aku, mak dengan adik-adik lepas tu pakcik ( abang mak ) , makcik dengan sepupu aku sorang. Tarikh nak pegi nak dekat, tapi cuba teka? Haaa visa aku tak approve. Whattt??? Tak approve. Aku macam redhooooo. Mungkin ada sebab kenapa Dia turunkan dugaanacam tu. Lagi satu, bila tau confirm je nak pegi bulan 6 tu ( walaupun tak approve lagi Visa tu ) memang aku cuak. Ilmu agama, amalan aku yang tak berapa nak cukup ni buat aku takut. Almaklum la, yang faham tu faham la kan.
Berbalik kepada kisah Visa tak approve. Bila sorang tak approve, dengan 6 orang semua tak dapat pegi. Sebab tak approve ni adalah sebab kerajaan Arab Saudi limitkan pengeluaran Visa untuk bulan Syaaban dan Ramadhan. Plus limit sebab masa tu virus yang berkaitan unta tu ( kononnya ) merebak. Tapi lagi 5 hari tarikh berangkat, orang Andalusia call bagitau semua visa lulus. Adik aku call bagitau masa aku kat ofis. Dang tak fokus ok buat keja. Terus suruh bos approve cuti. Wakaka sebab sebelum tu aku suruh hold. Amboi ko Afni. Suka suka je kan.
Setakat tu je la dulu. Nanti rajin aku sambung balik. Panjang nau nak cerita sebab yea la orang first time kan jejak sana. Mau tak seronok. Bila fikir balik cerita pasal arwah opah nampak aku depan kaabah tu, aku seronok sebenarnya bila kata insyaAllah mesti satu hari aku dapat jejak sana. Kata orang tua la. Tak kisah la mitos ke apa tapi aku pegang kata-kata tu.
Akhirnya salah satu impian masa bujang tercapai. Nak pegi dengan keluarga masa bujang. Dah kawin esok pegi lagi. Feel lain pulak. Ehemm. Bye. Sekian. Wassalam.
ambil feel pokok kurma belakang tu. |