Cuci Mata ke Kota Singa

Salam. Debu dah mau sekilo kot blog aku ni. Blog semakin dilupakan bila mana Twitter menjadi keutamaan. Tu la, orang ada blog ko pun nak ada blog kan Afni. Nah sekarang rasakan.

Disebabkan takde bahan nak diblogkan tiba-tiba terpikir benda paling gila aku penah buat. Bila aku buat? Hari Jumaat 13 Jan 2012. Meredah ke kota Singa. Episod bermula agak slow. Tujuan utama nak pergi event dekat Singapore Expo sambil tu jalan jalan la yea dak. Sebenarnya benda ni plan sangat la last minit. amik masa beberapa hari je. Dengan takde passport slumber redah aku cakap aku nak join pergi SG Expo tu.

Tawakal la aku pergi buat passport hari Khamis, gedebal gedebuk sejam dah siap. Maka ke'excited'an pun bermula. Kak Su yang mulanya berat hati nak tinggalkan kerja dan tanah air tercinta terjebak juga akhirnya.

Bermulalah perjalanan kami ( kak su selaku pilot bertugas, kak anis selaku co-pilot, kak aini, anak dara sayang kak aini - ika yang buat passport hari nak pegi dan aku ) menuju ke tempat utama sebelum masuk ke Kota Singa, JB. Dekat sana adik kak su dah standby. Sebenarnya kak su ngn adik dia banyak jasa. Adik kak su siap amik auto-pass nak masuk SG lepas keja. Penat gila dah kalau aku tu.

Pom Pam Pom Pam gerak dalam jam 11 pagi lebih sampai JB kul 4 ptg lbh dan masanya masuk SG. Jeng Jeng Jeng....upacara yang ditunggu-tunggu. Upacara 'pecah passport' katanya. Upacara apakah la tu kan. Sebenarnya bebudak ni usik aku sebab almaklum la passport baru. Masih suci gitu. Terbit la ayat tu.

hall 6 SG Expo
Berbalik pada cerita perjalanan tadi dalam jam 6 lebih singgah rumah mertua kak anis, mandi, solat lepas tu berdesup la kami ke SG Expo dengan hasil bantuan Myn, rakan di SG.

Sebenarnya sepanjang ada kat sana, aku ni terkejut. Serius aku takkan serik pergi sana. Sebabnya? Pertama, orang orang kat sana sangat la ramah tamah, siap offer tempat tinggal lagi makcik ni kat kami reramai. Lepas tu aku rasa kalau korang jalan sorang-sorang korang takyah la nak takut ke apa, sebab aku rasa memang selamat.

Paling utama orang sana memang terbuka menerima kitorang semua.


Ni la sebab utama nak pergi. heheh macam tak kenal diriku ni kan. Paling penting dapat la aku jalan jauh sikit tengok tempat orangkan.

us at Changi Airport. hujung kanan tu la Myn, orang penting tunjuk direction plus hotel
yeayy pass crew....padahal pinjam dekat mamat
cuci mata time
Sebelum balik sempat singgah JB jumpa kak Shelly. At last. dapat gak jumpa.

Leave a Reply