CAMERON HIGHLANDS : BILA CIK BEDAH DAN PAK ABU BERSIDAI

Alhamdulillah. Ada lagi peluang aku nak jenguk blog yang agak bersawang umpama rumah tinggal. Walaupun aku tau takde la ramai sangat pun yang jenguk kan 'rumah' aku ni, tapi aku tetap nak perasan yang aku mempunyai puluhan ribu pembaca. KONFIDEN itu PENTING! *betulkan spek mata gaya penulis novel terkenal.

Berdasarkan tajuk di atas *udah macam nak bentangkan belanjawan ayat mike ni* dapat la aku nak bagitau kat sini BERSIDAI yang dimaksudkan tu bukan la pi gantung diri melayang layang macam kain yang dijemur tu. BERSIDAI di sini juga bukan la pergi sunbath nak pi gelapkan kulit ala ala mat salleh terdampar di pantai, tapi BERSIDAI yang dimaksudkan adalah MEETING, MESYUARAT ahli JKKKK. Meeting apa? Meh kita menyusul ke perenggan seterusnya.

Benda apa la yang Cik Bedah dengan Pak Abu nak bncangkan ni kan? Haaaa...sebenarnya kami semua, ahli JKKKK nak bincangkan aktiviti bulan APRIL. Sejak bila la kami ni ada aktiviti bulanan kan? Macam selalu jumpa je diorang ni *terdengar bisikan segelintir pihak berwajib*. Ok, kat sini nak bagitau aktiviti bulanan kami ni macam MAJOR aktiviti memandangkan ada antara kami ni susah nak turun KL selalu, makanya itu la yang kami buat aktiviti bulanan supaya dapat la mengumpulkan ahli JKKKK.

Bertempat di PAPA's JOHN PIZZA, Jusco Wangsa Maju, bertarikh 1 April 2011 dan pada pukul 8.00 malam bermula la perjumpaan untuk membincangkan aktiviti bulan April ini. Siapa yang terlibat?





Planning asal kononnya nak JALAN JALAN CARI MAKAN sehari suntuk tapi bak kata tok ketua, tak masuk akal nak makan sehari suntuk, memang takkan boleh punya. Maka aku pun datang la idea nak jalan ke MELAKA.,boleh la makan ikan bakar. Tapi cadangan aku macam tak menarik minat majoriti. Sekali lagi tok ketua mencadangkan untuk makan angin ke CAMERON HIGHLANDS. Bila keluar je tempat ni daripada mulut tok ketua ni, mata masing masing bukan main bersinar, Setuju terus. Kata putus telah di buat maka aktiviti bulan APRIL kami akan ke CAMERON HIGHLANDS.

2 hari sebelum pergi kami sekali lagi mengadakan perbincangan dan kali ni secara dalam talian. Pada mulanya khidmat conference YM menjadi pilihan, tapi kejap lagi ada yang ter'hilang' la, merapu meraban dah satu hal, sekali lagi tok ketua telah mewujudkan 1 Group dalam laman sosial FB.


Korang boleh tengok betapa budak ni excitednya.


Macam macam kalau buat meeting online ni. Salah satunya ni la puncanya. Broadband pinjamkan. Nak taknak terpaksa la dia tinggalkan meeting.



Ini memang lawak. Yea la. Kita tak tau kan keadaan kat atas sana. Maka bertanya la dia ni, tapi malangnya jawapan yang kawan kawan bagi menghampakan.


Status yang mamat sorang ni post memang dah macam sinonim je tiap kali meeting. Isu yang dia bangkitkan adalah....................... Korang baca la sendiri kat bawah ni.



Setelah selesai semua meeting maka semua dah bersedia untuk bergerak naik ke puncak CAMERON HIGHLANDS. Untuk mengetahui persediaan SEBELUM ke destinasi yang dituju, korang boleh la ikuti episod seterusnya kat sini - TRIP ke CAMERON HIGHLANDS - SEBELUM

2 Responses so far.

  1. hahahhaahaha nasib tanya dengan budak2 yang sengal dapat jawapan super duper sengal lah.. :P

  2. kehkeh . sengal giler jwapan -.-

Leave a Reply